KUALA LUMPUR 10 April – Pengendali Shandong Luneng, Li Xiaopeng mengakui, gergasi Liga Super China itu sebenarnya sudah bersedia andai perlawanan berakhir dengan seri ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) semalam. Jaringan dua bekas bintang Liga Perdana Inggeris, Marouane Fellaini dan Graziano Pelle bagaimanapun memastikan kemenangan 2-1 mereka di Stadium Olimpik Jinan, sekali gus kekal di tangga kedua Kumpulan E. JDT berjaya merapatkan jurang…










