ALOR SETAR 25 April – Kadar zakat fitrah di Kedah pada tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu RM7 seorang. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, penetapan kadar tersebut adalah mengikut harga bagi satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras. “Bagi golongan berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan, mereka boleh memilih kadar zakat fitrah beras Super Import iaitu RM14 dan beras Basmathi RM21,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kata beliau, bayaran zakat melebihi RM7…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya