ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan kadar tarif air di negeri ini pada tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga negeri, Zamri Yusuf berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini mencadangkan supaya kenaikan itu dilakukan sekitar 20 peratus. “Kerajaan negeri melihat kenaikan sebanyak 20 peratus tidak sesuai tetapi pada masa sama kita tidak menolak terus cadangan kenaikan tersebut,” katanya…










