KOTA BHARU 11 April – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) perlu kembali berperanan sebagai peneraju pembangunan ekonomi, sosial dan pertanian di negeri ini sebagaimana termaktub dalam Akta KADA 1972. Bekas Pengerusinya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, badan berkanun itu tidak lagi boleh bertindak seperti sebuah jabatan kerajaan biasa sebaliknya perlu bangkit sebagai sebuah institusi istimewa yang ditubuhkan melalui kelulusan aktanya sendiri di Parlimen. Md Alwi yang merupakan Pengerusi KADA…








