KOTA BHARU 10 April – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) melakukan pembenihan awan untuk menggalakan hujan bagi membantu petani khususnya pesawah di kawasana kendalian agensi itu mendapatkan air untuk tanamam mereka selepas kemarau panjang melanda negeri ini. Pemangku Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris berkata, pembenihan awan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Kelantan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Katanya, usaha itu untuk membantu pesawah mengatasi masalah bekalan…










