LONDON 1 April- Selepas menewaskan Edson Barboza ketika perlawanan UFC Philadelphia pada Sabtu lalu, Justin Gaethje menyuarakan hasrat untuk berlawan dengan juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov.
Jelas Justin, dia mengakui bahawa dirinya merupakan ancaman terbesar buat bintang popular itu.
“Tak kisah siapa yang akan menentang saya selepas ini. Mereka akan bayar saya banyak duit, sebab itu saya ada di sini,” katanya.
Dalam masa sama, Justin juga percaya dia mempunyai kemahiran tersendiri untuk menundukkan Khabib.
Selain Khabib, Justin juga mahu berlawan dengan semua atlet yang mana ranking mereka lebih tinggi berbanding dia.
Khabib kini sedang digantung sembilan bulan gara-gara penglibatannya dalam pergaduhan sewaktu UFC229 Oktober lalu dan dijangka kembali ke gelanggang, September depan. – AGENSI











