JPKL: RM20,000 habuan untuk kaki pancing - Utusan Malaysia

JPKL: RM20,000 habuan untuk kaki pancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Kira-kira 1,000 kaki pancing dijangka berentap untuk merebut keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 sempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 pada Ahad ini.

Pertandingan siri keempat anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan diadakan di Taman Tasik Permaisuri di sini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, aktiviti bertemakan ‘Jom Pancing, Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera’ itu merupakan acara tahunan yang bertujaun menjadikan aktiviti itu sebagai riadah keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).

“Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima wang tunai RM200 manakala pemenang tempat ke-11 hingga ke-80 menerima RM100 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nazam berkata demikian selepas melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu antaranya patin seberat antara empat hingga lima kilogram (kg).

Tambahnya, yuran RM40 bagi sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan bermula Sabtu ini dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam dan keesokan harinya seawal 6.30 pagi.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman Facebook; jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 atau 012-2846811. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini