BULAN Syaaban adalah bulan paling dicintai Nabi Muhammad SAW. Baginda memperbanyak puasa sunat sehingga hampir berpuasa sebulan penuh, kecuali satu atau dua hari pada akhir bulan. Daripada Aisyah r.ha berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan puasa satu bulan penuh kecuali puasa bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak berpuasa sunah melebihi (puasa sunat) di bulan Syaaban.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis lain, sabda Rasulullah…








