KUALA LUMPUR 11 April – Tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan siapa yang lebih berkuasa untuk melantik Menteri Besar di Johor tidak seharusnya berlaku. Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal itu kerana sudah menjadi kebiasaan sejak dari dahulu yang Menteri Besar Johor akan dilantik sultan di negeri tersebut. Malah, beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga menjelaskan perkara itu termaktub dalam…









