AKAK CUTE dah penat. Bukan penat basuh baju la. Akak Cute basuh baju pakai mesin basuh bukan sental sendiri. Zaman dah moden. Tak payah nak merungut sangatlah kerja rumah banyak. Nanti dikecam golongan lelaki pula asyik-asyik merungut katanya. Yang Akak Cute nak cerita pasal penat ni apabila hari-hari dengar berita pasal kes dadah. Buka TV je cerita pasal dadah. Belek surat khabar pun sama. Macam tak habis-habis masalah dadah ni…










