DAMSYIK 13 April – Serangan udara Israel di sentral Syria mencederakan tiga tentera pada hari ini, lapor Agensi Berita SANA. Bagaimanapun, pemantau perang di Britain menyatakan serangan tersebut membunuh beberapa pejuang Iran dan mencederakan 17 tentera Syria dan rakannya. Jurucakap tentera Israel pula menolak sebarang komen terhadap laporan media asing. Menurut sumber tentera, tentera udara Israel melancarkan serangan menyasarkan salah satu posisi ketenteraan kami di bandar Misyaf sekitar pukul 2.30…










