KUALA TERENGGANU 9 April – Islam tidak menolak pengambilan vaksin sebaliknya tetap mewajibkan suntikan imunisasi itu bagi mencegah sebarang penyakit sekali gus mengelak kemudaratan. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan pengambilan vaksin adalah diwajibkan dalam kalangan masyarakat. Pegawai Hal Ehwal Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohammad Fahmi Rosli berkata, sebelum tahun 2016, penggunaan vaksin adalah harus di negara ini. Bagaimanapun katanya, sesudah 2016, keadaan sudah berubah dan setelah…










