KUALA TERENGGANU 1 April – Pelumba pasukan berbasikal benua negara, Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Irwandy Lasek beraksi cemerlang apabila menamatkan peringkat pertama saingan Jelajah Thailand di tempat kedua hari ini. Kemenangan itu sekali gus melayakkan pelumba kelahiran Kemaman itu menyarung jersi ungu selaku pelumba terbaik ASEAN pada peringkat pertama. Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata kejayaan itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada pasukan TSG…










