WASHINGTON 14 April – Anggota Kongres dari Parti Demokrat yang beragama Islam, Ilhan Omar menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri selepas berdepan dengan kritikan hebat berhubung kenyataannya mengenai serangan 11 September termasuk daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. BBC melaporkan, Trump sebelum ini mengulang kicau ‘Kami tidak akan lupa’ berserta video yang menunjukkan rakaman serangan pengganas pada 11 September 2001, di samping memetik sebahagian daripada ucapan Ilhan yang…










