WALAUPUN mendapat restu dan sah diijabkabulkan di hadapan keluarga, namun dilaporkan terdapat kes perpisahan antara pasangan suami isteri berpunca daripada ibu bapa mereka. Ini berikutan kurangnya kefahaman dan ilmu pasangan baru berkahwin mengenai alam rumah tangga terutama dalam membahagikan tanggungjawab terhadap keluarga, adik beradik atau saudara mara sehingga melibatkan campur tangan orang ketiga. Sekiranya penglibatan orang ketiga menjadi dominan, ia secara tidak langsung boleh membawa kepada perkara buruk seperti gagal membezakan peranan dan tanggungjawab terhadap pasangan berbanding ahli keluarga lain. Pasangan yang baru berumah tangga harus diberi ruang dan peluang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya