Hudud: Brunei buat kerana kerajaan mahu - Utusan Malaysia

Hudud: Brunei buat kerana kerajaan mahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 April – Brunei mampu melaksanakan hukuman hudud di negara itu kerana mempunyai kerajaan dan pemimpin yang berkehendak untuk menegakkan undang-undang syariah.

JOHARI MAT
JOHARI MAT 

Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Johari Mat berkata, sebaliknya pelaksanaan hukuman itu di negara ini tidak dapat dibuat selagi pemimpin tidak ada rasa tanggungjawab melaksanakan tuntutan agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri berkata, tanggungjawab itu sudah semestinya terpikul atas bahu kerajaan Persekutuan khususnya dalam memberi lebih bidang kuasa kepada mahkamah syariah.

“Kewajipan laksana (hudud) adalah tanggungjawab kerajaan untuk buat undang-undang, enakmen dan akta.

“Kelantan sendiri walaupun sudah ada enakmen tetapi kita tersekat di peringkat Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

“Kita tidak boleh buat (tetapi) rakyat dan Kerajaan Kelantan sudah lepas dari tanggungjawab, sekarang terserahlah kepada pihak yang duduk di Parlimen dan Kerajaan Persekutuan,” katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Johari diminta mengulas tindakan Brunei yang mula melaksanakan undang-undang syariah termasuk hukuman rejam sampai mati ke atas penzina dan pengamal seks sejenis pada Rabu lalu setelah undang-undang itu diluluskan pada 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini