PUTRAJAYA 2 April- Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan Hospital Rembau di Negeri Sembilan akan dibuka kepada orang ramai mulai Jun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, proses pembinaan hospital tersebut ketika ini sudah mencapai tahap 90 peratus. Beliau berkata, hospital itu merupakan kluster kepada Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan mempunyai kapasiti sebanyak 76 katil. “Hospital ini juga akan menempatkan pakar-pakar perubatan dari Hospital Tuanku Ja’afar secara berkala…










