Hina Agong: UMNO Jerantut buat laporan polis - Utusan Malaysia

Hina Agong: UMNO Jerantut buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 12 April – UMNO Bahagian Jerantut hari ini membuat laporan polis terhadap pengendali laman Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ yang didakwa memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah kira-kira pukul 10 pagi.

Nazri berkata, UMNO bahagian itu dan seluruh masyarakat berdiri penuh dan menyokong Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu serta seluruh kerabatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mana-mana pihak yang menghina institusi Raja-raja Melayu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini