KUALA LUMPUR 1 April – Kira -kira 200 penduduk Flat Taman Megah, Kepong dekat sini terpaksa menghidu bau busuk sejak lebih seminggu sehingga menjejaskan kehidupan harian mereka. Dakwa penduduk, masalah itu disebabkan paip pembetungan yang sebelum ini tersumbat telah pecah mengakibatkan air najis mengalir keluar ke pekarangan letak kereta kawasan perumahan itu. Lebih memburukkan keadaan apabila pihak bertanggungjawab yang diharapkan menyelesaikan masalah itu seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan itu…










