Harimau Malaya jatuh ke ranking 168 dunia - Utusan Malaysia

Harimau Malaya jatuh ke ranking 168 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Kegagalan mendapat keputusan memberangsangkan ketika aksi persahabatan dalam Piala Airmarine baru-baru ini mempengaruhi kedudukan ranking pasukan negara.


Dalam aksi tersebut menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe tewas di tangan Singapura sebelum menundukkan Afghanistan untuk menduduki tangga ketiga.

Ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan ke-168, di mana sebelum ini berada di tangga ke-167.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA kelmarin juga menyaksikan Harimau Malaya berada di kedudukan berbeza dengan pasukan Asia Tenggara lain, berbanding Vietnam (98), Thailand (114), Filipina (124), Myanmar (140), Indonesia (159) dan Singapura (160).

Meskipun pelbagai program pembangunan dan perancangan yang dikendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperbaiki kedudukan pasukan kebangsaan namun semuanya setakat ini dilihat belum mencapai matlamat apabila tidak banyak membantu meningkatkan ranking pasukan negara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini