Suara Tini ketawa jelas di pendengaran saya. Terkekeh-kekeh, hingga saya yang sedang mencuci pinggan di sinki pun terasa geli hati. “Apalah yang dibuatnya dalam bilik sampai ketawa seorang diri tu,” saya berkata-kata di dalam hati. Saya yang mendengarnya pun rasa hendak tergelak. Tini ini umurnya empat tahun, sangat petah bercakap dan suka bercerita. Kalau diusik, pasti dia akan ketawa. Ketawanya pula panjang dan kuat. Dalam sepuluh orang budak yang kami jaga di nurseri ini, Tinilah yang paling menghiburkan. Sekarang Jumaat, pukul 7.35 malam, 10 minit selepas masuk waktu maghrib. Hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya