LONDON 9 April – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui, nilai 100 juta pound (RM536 juta) terlalu murah jika mereka mahu melepaskan Eden Hazard kepada Real Madrid. Hazard, 28, hari ini membuktikan mengapa dia terlalu berharga buat Chelsea apabila meledak dua gol, termasuk menerusi gerakan solo yang menarik untuk membantu Blues menumpaskan West Ham 2-0. Kemenangan itu membolehkan mereka melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, dan pada kedudukan baik untuk…










