Hamidin letak jawatan Naib Presiden AFF - Utusan Malaysia

Hamidin letak jawatan Naib Presiden AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Datuk Hamidin Mohd. Amin yang belum sampai sebulan mengalas tugas Naib Presiden Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), membuat keputusan mengejut pada hari ini melepaskan jawatan itu berikutan mahu memberi tumpuan dalam tanggungjawab baharu selepas dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023, Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu mengumumkan keputusan berkenaan dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

“Atas dasar menghormati semangat perpaduan dalam kalangan ahli gabungan AFF, saya dengan ini memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden AFF berkuatkuasa serta merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan perbincangan dengan Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth, keputusan diambil ini bukan sahaja membolehkan saya lebih fokus pada tanggungjawab saya sebagai Exco AFC malah ia membuka laluan kepada rakan-rakan negara jiran menyumbang tenaga sebagai Naib Presiden AFF,” kata Hamidin dalam kenyataan di laman web rasmi FAM.

Hamidin dipilih sebagai Naib Presiden AFF selepas menang tanpa bertanding dalam Kongres AFF di Kemboja pada 17 Mac. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini