CARACAS 7 April – Pemimpin pembngkang Venezuela, Juan Guaido hari ini melancarkan janjinya bagi tekanan ‘definitif’ bagi memaksa kepimpinan kerajaan berundur. Guaido berkata, beliau memanggil pelan bagi menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro sebagai ‘Operasi Pembebasan’. “Semua berada di jalanan, mari mulakan dengan fasa terakhir bagi merampas kuasa. “Tekanan terhebat yang akan menjadi sejarah,” katanya kepada penyokong dalam demonstrasi antikerajaan besar-besaran. Beliau juga menyeru seluruh rakyat untuk turun ke jalanan berterusan memberi tekanan pada Rabu ini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya