LUMUT 8 April – Gara-gara terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, beberapa gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing cuba melarikan diri dengan merempuh pintu belakang sebuah pusat karaoke di Seri Manjung semasa serbuan kelmarin. Bagaimanapun, kecekapan pegawai dan anggota penguatkuasa berjaya menghalang cubaan itu apabila 15 GRO warga Vietnam berusia 19 hingga 32 tahun ditahan dalam operasi bermula pukul 10.30 malam. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, tindakan cuba melarikan diri itu mengakibatkan ada di antara mereka cedera di lutut akibat terjatuh dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Katanya, ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya