Great March of Return: Malaysia kutuk keganasan rejim Zionis - Utusan Malaysia

Great March of Return: Malaysia kutuk keganasan rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang menembak serta membedil rakyat Palestin dalam demonstrasi ‘Great March of Return’ pada Sabtu lalu sehingga meragut empat nyawa rakyat itu dan lebih 300 tercedera.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan turut menyatakan pendirian bahawa keganasan berterusan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan ‘Independent International Commission of inquiry on the Protests in the Occupied Palestinian Territory’ yang dikeluarkan sebulan lalu, jelas membuktikan kerajaan itu sememangnya ‘degil’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, Malaysia menyeru seluruh dunia untuk menentang tindakan Israel bagi mengelakkan lebih banyak nyawa rakyat palestin yang tidak bersalah terus terkorban,” kata kenyataan itu di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini