KUALA LUMPUR 11 April – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Basmi Denggi di Medan Selera Pinggiran Batu Caves, Gombak Selangor pada Ahad ini.
MAJLIS Perbandaran Selayang. – UTUSAN ONLINE
MPS dalam kenyataan berkata, program yang akan bermula pada pukul 7.30 pagi itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Dijangkakan seramai 500 penduduk setempat akan turut serta berganding bahu menjayakan program ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










