KUALA LUMPUR 30 April – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memandang serius isu beberapa telefon bimbit termasuk milik Peguam Negara Tommy Thomas dan beberapa menteri digodam. Timbalan Menterinya Eddin Syazlee Shith berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberikan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah itu. “Apabila melibatkan individu penting seperti Peguam Negara dan menteri, ia melibatkan kepentingan kerajaan. Kita bimbang perkara ‘classified’…