Gnanaraja ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Gnanaraja ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan ahli perniagaan, G. Gnanaraja berhubung siasatan pengubahan wang haram.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM, lelaki itu ditahan pada pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

“Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gnanaraja akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok pada pukul 8.30 pagi untuk pertuduhan tersebut,” katanya.

Pada 3 April lalu, ahli perniagaan tersebut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu seorang individu membabitkan wang berjumlah RM19 juta berkaitan siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan pengarah urusan sebuah syarikat bagi menutup siasatan yang dilakukan SPRM ke atas individu itu mengikut AMLATFPUAA 2001.

Selain itu, media turut melaporkan Istana Pahang menarik balik kurniaan darjah kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ daripada ahli perniagaan terbabit berkuat kuasa 13 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini