KUALA LUMPUR 2 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) komited untuk menggalakan pertumbuhan ekonomi Islam dengan mengadakan Kempen Beli Produk Muslim di negara ini. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kempen hasil kerjasama dengan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu berupaya mengetengahkan penggunaan produk dan perkhidmatan muslim. “Kempen ini dilihat mampu menanam semangat saling bantu-membantu dalam ekonomi umat Islam serta usaha memperkenalkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan milik usahawan…










