KUALA LUMPUR 14 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa gaji yang tinggi tanpa peningkatan produktiviti adalah sia-sia selain hanya meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan. Katanya, cabaran utama ahli-ahli perniagaan di negara ini pada waktu ini adalah meningkatkan produktiviti merentasi ekonomi negara. “Standard kehidupan nasional dan keupayaan dalam mengubah Malaysia sepenuhnya kepada status negara maju akan dipengaruhi kuat oleh keupayaan kita untuk meningkatkan kadar produktiviti. “Saya…










