LIMA 5 April – Fosil seekor ikan paus berkaki empat yang dipercayai berusia 43 juta tahun ditemui di Peru. Ahli paleontologi percaya, mamalia yang berukuran empat meter panjang serta dilengkapi dengan kuku kaki itu boleh bergerak di laut mahupun berjalan di darat. Lapor BBC, dengan empat kaki itu, ikan paus separuh akuatik itu mampu mengangkat badan dan ekornya sama seperti memerang dan beaver. Seorang ahli sains dari Institut Sains Asli di Royal Belgian, Dr. Olivier Lambert percaya penemuan ikan paus itu memberi penjelasan mengenai evolusi spesis itu di dunia.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya