HONG KONG 6 April – Filipina mengancam untuk menghantar pasukan tenteranya dalam ‘misi bunuh diri’ sekiranya Beijing tidak berundur daripada wilayah pertikaian Laut China Selatan. CNN Filipina melaporkan, Presidennya, Rodrigo Duterte mengeluarkan ancaman tersebut dalam perhimpunan di Puerto Princesa, Palawan. Kelmarin Manila mendakwa 275 bot dan kapal China menceroboh Pulau Thitu atau Pagasa dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. “Marilah kita menjadi rakan tetapi jangan sentuh pulau Pagasa dan selebihnya. “Jika masih ke sana, itu cerita berbeza. Saya akan memberitahu tentera saya untuk bersedia untuk misi membunuh diri,” katanya. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya