Filem Upin Ipin catat kutipan RM25 juta selepas 3 minggu - Utusan Malaysia

Filem Upin Ipin catat kutipan RM25 juta selepas 3 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal filem animasi kedua terbitan Les’ Copaque Production meraih kutipan RM 25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini.

Lebih membanggakan apabila jumlah penonton tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras baru bagi filem tempatan. Ia dijangkakan akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan filem ini adalah hasil dari penulisan cerita yang luarbiasa dalam mengaitkan watak Upin dan Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Selain itu, lagu tema dan animasi yang cantik mendapat pujian netizen yang meletakkannya setanding dengan filem animasi antarabangsa. Upin& Ipin : Keris Siamang Tunggal adalah tontonan sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga ke warga emas.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini