SEOUL 30 April – Filem Korea Selatan, Extreme Job yang meraih kutipan tertinggi sepanjang zaman di negara ini akan diarahkan semula untuk pasaran Amerika Syarikat (AS). Menurut CJ Entertainment, mereka akan bekerjasama dengan Universal Pictures untuk menayangkan semula filem berkenaan di pasaran Hollywood. HartBeat Productions yang diasaskan oleh pelakon komedi, Kevin Hart turut akan bekerjasama dalam projek tersebut. “Hart sedang mempertimbangkan untuk berlakon dalam filem itu, tetapi belum disahkan lagi,”…