Ferrari hadapi masalah jentera perlahan - Utusan Malaysia

Ferrari hadapi masalah jentera perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pengurus pasukan Renault, Flavio Briatore tidak terkejut dengan prestasi hambar pasukan Ferrari, malah menegaskan masalah jentera yang perlahan dihadapi pasukan dari Itali itu adalah perkara lama yang dihadapi mereka sejak lapan tahun lalu.

Ferrari masih belum mampu menan­dingi jentera Mercedes musim ini selepas pasukan kendalian Toto Wolff tersebut terus mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) selepas melakar hatrik 1-2 di tiga pusingan perlumbaan ketika ini.

Keadaan tersebut memberi tekanan kepada ketua pasukan baharu Ferrari, Mattia Binotto untuk bangkit daripada kegagalan pelumba mereka merangkul gelaran dunia selepas kali terakhir me­lakukannya pada musim 2007 menerusi Kimi Raikkonen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenapa Ferrari terus berdepan masalah? Bagi saya, tiada perkara baharu kerana jentera mereka sangat perlahan sepanjang tempoh lapan tahun,” katanya.

Binotto menjadi ketua pasukan keempat dalam tempoh tidak sampai lima tahun menggantikan penyandang, Maurizio Arri­vabene selepas perubahan drastik dilakukan pasukan itu.

Perubahan yang berlaku itu juga dilihat sebagai satu langkah terdesak Ferrari.

Briatore percaya pelantikan Binotto sebagai ketua pasukan dan juga pengarah teknikal merupakan tanggungjawab yang besar yang perlu digalas­nya.

“Binotto adalah pengarah teknikal yang hebat tetapi dia juga diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan. Kini mereka (Ferrari) berdepan risiko kerana tidak mempu­nyai ketua pasukan yang benar-benar layak memegang jawatan tersebut,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini