Espanyol terselamat adalah detik terindah Pochettino - Utusan Malaysia

Espanyol terselamat adalah detik terindah Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 April – Mauricio Pochettino mendedahkan bahawa detik paling menggembirakannya sepanjang menjadi jurulatih ialah ketika Espanyol terselamat daripada penyingkiran dan bukan kejayaan Tottenham menundukkan Manchester City.

Pochettino membimbing Spurs ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas beraksi cemerlang dalam aksi timbal balas menentang City, awal pagi tadi.

Walaupun tewas 3-4, mereka melangkah dengan kelebihan jaringan di tempat lawan dengan agregat 4-4.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pochettino berkata, kejayaan mengekalkan Espanyol dalam saingan LaLiga pada 2008-09 semasa menjadi jurulatih buat kali pertama adalah saat paling menggembirakan.

“Saat paling indah sebagai jurulatih adalah semasa di Almeria ketika kami terselamat daripada penyingkiran kerana ia sangat bermakna buat keluarga Espanyol,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini