BESUT 7 April – Pelaksanaan program Latihan Akademik Empower ECER yang dikendalikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu. Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah-sekolah yang dibimbing menerusi pendekatan itu rata-ratanya menunjukkan peningkatan ketara dari segi gred murid, peratus lulus keseluruhan di samping pertambahan pelajar yang memperolehi gred B dan C. “Dari segi gred D,…










