OUAGADOUGOU 24 April – Empat penumpang sebuah bas yang dalam perjalanan ditembak mati oleh seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan pengganas GSIM di utara Burkina Faso, di sini hari ini. AFP yang memetik sumber sebagai berkata, lelaki tersebut menahan bas tersebut berhampiran kampung Liki dan memeriksa kad pengenalan setiap penumpang sebelum menembak mereka. Sumber memberitahu, keempat-empat mangsa yang ditembak mati itu adalah daripada kumpulan etnik yang sama. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya