LIVERPOOL 8 April – Unai Emery mempertahankan Mesut Ozil selepas pemain tengah itu melemparkan jaketnya terhadap staf kejurulatihan Everton sewaktu Arsenal tewas di Goodison Park, semalam. Harapan Arsenal untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas, menerima tamparan hebat setelah gol Phil Jagielka pada minit ke-10 memastikan kemenangan untuk Everton. Tekanan kian memuncak sewaktu permainan memasuki minit ke-83, apabila Dominic Calvert-Lewin dikasari Shkodran Mustafi. Bos Everton, Marco Silva dan staf kejurulatihannya mula berperang mulut dengan Emery, tetapi pada ketika pengurus Arsenal itu berdepan dengan rakan sejawatnya, Ozil telah bertindak melemparkan jaketnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya