KUALA LUMPUR – Ratu rock negara, Ella teruja kerana buat julung kalinya bakal mengikuti misi kemanusiaan melawat kem pelarian warga Palestin dan Syria di Lubnan pada 26 sehingga 30 April ini. Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 53, menyifatkan peluang tersebut umpama impian menjadi realiti apabila dia secara peribadi sememangnya berhajat untuk membantu kesemua mangsa. Menurut Ella, beliau pernah mendapat tawaran yang sama daripada kenalan artis iaitu Farah Fauzana,…










