KLANG 12 April – Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga pembantu rumah wanita warga Indonesia antara Oktober 2012 hingga Mac lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Tan Sri M.K. Ketheeeswaran atau lebih dikenali dengan Kenneth Eswaran, 58, dan isterinya, Puan Sri Vivienne Ketheeswaran, 63, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad. Mengikut ketiga-tiga pertuduhan,…










