PUTRAJAYA 23 April – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan mengenai 4,500 ekar tanah di sepanjang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diberikan secara percuma kepada China Communications Construction Company Ltd. (CCCC). Katanya, ECRL diteruskan dengan perjanjian lebih baik iaitu kos dikurangkan kepada RM44 bilion daripada RM65.5 bilion sebelum ini. “Saya tidak dimaklumkan mengenai 4,500 ekar diberikan secara percuma. Saya tidak fikir itu betul kerana melihat…










