KUALA TERENGGANU 12 April – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar masih menunggu maklumat terperinci Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung perkembangan terkini Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Ahmad Samsuri berkata, sebarang kenyataan lanjut mengenai projek itu akan dimaklumkan selepas sidang akhbar Perdana Menteri pada Isnin ini. “Berhubung dengan perkembangan terkini ECRL, saya akan memberi ulasan setelah mendapat maklumat lebih jelas selepas sidang akhbar oleh PM pada…










