JOHOR BAHRU – Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Jemaluang, di Kampung Gajah Mati, dekat Mersing, malam tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussin berkata kemalangan pada 9.30 malam itu menyebabkan Zuriaty Abu Khalid, 36, dan Rohaya Ibrahim, 37, yang menaiki Proton Saga BLM maut di tempat kejadian. Beliau berkata, dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda…










