Suspek utama berusia 31 dan rakannya yang berumur 27 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Tersusun Balun Bidai di Kampung Gajah pada pukul 2.25 petang. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian samun oleh suspek itu berlaku pada pukul 4.15 pagi ketika pemilik rumah bersama dua anaknya sedang tidur. Katanya, wanita yang merupakan tukang masak berusia 47 tahun itu kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran suspek…










