KOTA BHARU – Gara-gara pihak pendakwaan gagal mengemukakan saksi, Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebas tanpa melepaskan dua rakan yang dituduh mencederakan seorang lelaki sehingga putus telinga dalam kejadian Disember 2015. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pembelaan agar kes terhadap Kamarohimi Nordin, 39, dan Muhamad Azroy Saharudin, 33, digugurkan memandangkan pihak pendakwaan masih gagal mengemukakan saksi selepas tujuh bulan kes tertangguh atas sebab sama.…










