Dua penjawat awam direman rasuah bekal alat tulis  - Utusan Malaysia

Dua penjawat awam direman rasuah bekal alat tulis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Dua penjawat awam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah pembekalan alat tulis, tahun lalu.

Kedua-dua mereka merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pembantu Tadbir di Jabatan Insolvensi dan yang menerima suapan RM1,000 dan RM2,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Shah Alam di sini kira-kira pukul 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan bergari dengan diiringi pegawai SPRM. 

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 33 dan 38 tahun ditahan di Pejabat SPRM negeri semalam ketika hadir memberikan keterangan. 

Menurut sumber, suspek yang bertugas di FAMA itu telah menerima suapan daripada pemilik sebuah syarikat sebagai balasan memilih syarikat tersebut secara langsung bagi membekalkan alat tulis di FAMA.

Katanya, individu di Jabatan Insolvensi pula disyaki telah menerima suapan daripada pemilik syarikat yang sama sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pembekalan alat tulis di jabatan tersebut.

Kedua-dua individu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 2018 itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk  Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini