MARANG – Dua pegawai bomba wanita mencipta sejarah apabila julung kali berjaya dipilih sebagai anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM). Melisa Canda anak Jawan, 26, dan Nurfatin Nadia Jamain, 24, yang masing-masing bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Balai Bomba dan Penyelamat Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur berjaya melepasi pelbagai ujian dan latihan lasak kursus khas STORM sepanjang dua minggu yang berakhir hari ini.…










