IPOH – Dua individu termasuk seorang penjawat awam ditahan reman hari ini selepas dipercayai terlibat dalam penyelewengan peruntukan kerajaan negeri untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 berjumlah RM3.5 juta. Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan tempoh tahanan reman yang dipohon Suruhanjaya Pencegahan Awam Malaysia (SPRM) itu kepada penjawat awam dan pengurus syarikat pengurusan acara masing-masing selama enam dan lima hari bermula hari ini. Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju…










